Pesara Sambung Belajar Untuk Genggam Ijazah Kedua

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2016 10:37 AM

Syed Mansor berbual dengan salah seorang rakannya di kampus UIAM, Kuala Lumpur. —fotoTHESTAR/M.AZHAR ARIF

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas penat bekerja keras selama bertahun-tahun untuk menyara keluarga, kebanyakan pesara lebih suka duduk di rumah dan berehat.

Tetapi, bagi Syed Mansor Syed Salim, 71, beliau telah mengambil keputusan untuk kembali mengejar impiannya, iaitu bergelar seorang peguam.

"Pendidikan tidak berakhir apabila anda mencapai usia 40 atau 50 tahun, proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat.

"Ia bukan sesuatu yang mudah, tetapi inilah semangat yang saya ada," kata Syed Mansor, yang kini berada di semester pertama jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


"Dengan segala kemelut yang sedang berlaku, undang-undang mengajar kita untuk melihat apa betul dan apa yang salah sisi undang-undang, dan untuk kita berlaku adil, munasabah, dan saksama, inilah sebab mengapa saya mahu mempelajarinya," kata pegawai pejabat tanah di Kedah yang sudah bersara ini.


Ijazah undang-undang akan menjadi satu lagi pencapaian buat dirinya.

Beliau telah memperolehi ijazah dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Utara Malaysia (UUM) pada awal tahun 2000.

Impian beliau kini adalah untuk menyertai Majlis Peguam dan membuka firma bersama anak perempuannya yang juga seorang peguam.


Berazam untuk mencapai impiannya, datuk kepada tujuh cucu ini telah berpindah dan tinggal di asrama bersama tiga pelajar lain untuk memberi tumpuan kepada pelajaran.

Hari biasanya bermula pada pukul 7 pagi, di mana beliau akan berjalan kaki kira-kira 200 meter untuk menghadiri kelas dan sesi pembelajaran di kampus, sebelum pulang kira-kira pukul 9 malam.

"Saya berasa seperti di rumah sendiri di sini, rakan-rakan saya adalah mereka yang berumur seawal usia 19 tahun dan mereka memanggil saya Tok Wan. Pensyarah pula memanggil saya Pak Syed.

"Pensyarah saya sangat baik," katanya, sambil menambah beliau telah belajar cara-cara menggunakan laman web e-pembelajaran.

Isteri dan sembilan anaknya memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepadanya.

Dilahirkan pada tahun 1945, Syed Mansor mengimbas kembali bagaimana beliau dibesarkan oleh ibunya yang juga ibu tunggal semasa Darurat Tanah Melayu, di mana peluang pendidikan pada masa itu adalah terhad.

Tetapi beliau sentiasa bercita-cita tinggi dan berani mencuba pelbagai perkara baharu.

Pada tahun 1990, Syed Mansor cuba menceburi bidang politik dan bertanding di kerusi Sungai Petani di bawah parti politik Semangat 46 yang kini sudah terkubur.

Beliau bagaimanapun kalah dalam pertandingan tersebut.

Syed Mansor berkata, perkara yang paling diingati tentang kerjayanya apabila beliau mampu untuk belajar di UUM, beberapa tahun selepas beliau membantu dalam penubuhannya.

"Bagaimanapun, impian terbesar masih belum dicapai.

"Detik yang paling membanggakan dalam hidup saya akan berlaku apabila saya menamatkan pengajian dan menjadi seorang peguam," kata Syed Mansor.
Tags / Kata Kunci: Pak Syed , Syed Mansor Syed Salim , UIAM

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan