Perintah Berkurung Di Esszone Dilanjutkan Sehingga 29 Disember

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2016 2:09 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) yang berakhir pada Selasa akan dilanjutkan sehingga 29 Disember, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun.

Beliau berkata perintah berkurung yang berkuatkuasa dari 6 petang hingga 6 pagi itu membabitkan kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Abdul Rashid berkata dengan berkuatkuasa perintah berkurung itu, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dinasihatkan tidak keluar rumah dan mereka tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang telah diisytiharkan pada waktu yang dinyatakan.

"Pelaksanaan untuk meneruskan perintah berkurung itu bagi memastikan kawasan perairan tersebut tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan serta kedatangan pelancong luar negara yang melawat pulau peranginan itu," katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Beliau berkata berdasarkan maklumat yang diterima, kumpulan pengganas Abu Sayyaf dan penjenayah dari selatan Filipina yang melakukan penculikan untuk mendapat wang tebusan, masih cuba menceroboh untuk melakukan jenayah rentas sempadan.

Abdul Rashid berkata perintah berkurung itu diteruskan bagi menjamin keselamatan pengguna perairan serta mereka yang tinggal di kawasan daratan Esszone.

Menurutnya, perintah berkurung itu akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot, sekali gus menjamin keselamatan pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran anggota keselamatan di sekitar kawasan mereka.

"Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di kawasan Esszone untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan atau laluan melalui kawasan perintah berkurung yang mendesak," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan