MRT Fasa Dua Hampir 95 Peratus Siap

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2016 8:33 PM

Persiapan cubaan MRT Laluan Fasa Pertama dari stesen Sungai Buloh ke stesen Kajang yang akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Khamis ini berjalan lancar ketika tinjauan fotoBernama di stesen Semantan pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketika fasa pertama Transit Aliran Massa (MRT) akan memulakan perkhidmatannya dari Sungai Buloh ke Semantan Jumaat ini, fasa kedua yang juga terakhir dari Semantan ke Kajang, sudah hampir 95 peratus siap.

Pengarah Projek MRT Sungai Buloh-Kajang, Marcus Karakashian berkata ia termasuk semua kerja struktur stesen, sistem rel dan tren.

"Kami jangkakan ujian perjalanan bagi fasa kedua dilakukan seawalnya pada Januari depan sebelum beroperasi pada Julai tahun yang sama," katanya dalam  taklimat kepada media di sini, Selasa.

Fasa kedua sejauh 30 kilometer itu membabitkan 19 stesen dari Semantan ke Kajang dan ia adalah sebahagian daripada projek MRT berharga RM23 bilion sejauh 51km merangkumi 31 stesen.

Sementara itu, Ketua Bas Pengantara dan Pembangunan Infrastruktur, Rudyanto Azhar berkata 112 bas akan mula beroperasi di 21 laluan dari 12 stesen bagi fasa pertama yang bermula Jumaat ini.

Katanya kekerapan bas itu adalah antara 10 dan 15 minit manakala laluannya direka bagi memenuhi keperluan penduduk dan kawasan komersial dalam lingkungan 3km dari sesebuah stesen MRT. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MRT , Sungai Buloh , Semantan

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan