200 Jemaah Umrah Bingung, Penerbangan Ditunda

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2016 5:38 PM

Sebahagian daripada 200 rombongan jemaah yang hendak menunaikan umrah terkandas di sebuah hotel berikutan penerbangan mereka yang sepatutnya berlepas pada Isnin ditangguhkan pada Selasa. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

NILAI: Kira-kira 200 jemaah yang dijadual berlepas bagi mengerjakan umrah, pada Isnin terkandas selepas penerbangan mereka ditangguhkan berikutan permit kebenaran mendarat masih belum diperoleh syarikat penerbangan sewa khas untuk membawa rombongan berkenaan.

Kesemua jemaah ketika ini ditempatkan di sebuah hotel di Nilai sementara  menunggu maklumat terkini berhubung jadual penerbangan baharu mereka daripada sebuah agensi umrah dan syarikat penerbangan sewa khas dari Malaysia.

Seorang jemaah Mokhtar Mohamad, 62, dari Batu Pahat, Johor, berkata dia tiba di hotel tersebut kira-kira 2 petang Isnin, selepas dimaklumkan penerbangan mereka yang sepatutnya berlepas pada 10.30 malam Isnin, terpaksa dibatalkan.

"Saya dimaklumkan perkara ini ketika dalam perjalanan ke KLIA...mereka arahkan kami berkumpul di hotel ini kerana penerbangan kami tidak boleh berlepas disebabkan ada masalah pendaratan.

"Kalau nak ikutkan, penundaan ini sudah banyak kali sebab sebelum ini  penerbangan kami pada 5 Disember tetapi ditunda ke 6 Disember. Kemudian, ditunda lagi ke 10 Disember sebelum ditukar pada 8 Disember...dan akhirnya pada 12 Dis selepas menerima surat rasmi sebelum saya berangkat ke KLIA semalam," katanya.

Sambil melahirkan rasa kecewa dengan insiden itu, beliau berkata berdasarkan pengalamannya mengerjakan umrah sebelum ini, meskipun pakej umrah diambilnya  murah, ia berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

"Pakej saya ambil kali ini kira-kira RM6,500 dan saya pergi bersama isteri dan seorang anak. Saya tidak sangka bukan isu pakej murah, tetapi isu lain pula yang timbul.

"Sekarang saya kena tangguh lagi cuti dan sebagainya kerana kita sudah ambil cuti awal, kalau tergendala macam ini susah kami," katanya.

A. Husaini Rahman, 41, pula berkata dia juga dimaklumkan bahawa pererbangannya dibatalkan ketika dalam perjalanan ke KLIA, Isnin.

"Sehari sebelum berlepas saya sudah menghubungi agensi umrah kami untuk mendapatkan kesahihan jadual penerbangan tetapi gagal diperoleh.

"Jadi saya nekad bertolak dari Ipoh bersama isteri dan seorang anak tetapi dalam perjalanan baru kami terima maklumat bahawa penerbangan ditunda kerana masalah pendaratan," katanya.

Lebih menyebabkan beliau terkilan kerana syarikat yang menyediakan penerbangan berkenaan telah mengesan masalah itu sejak awal pada 24 November lepas, namun tiada tindakan diambil bagi mengatasi masalah tersebut.

Sementara itu, berdasarkan penjelasan kepada rombongan itu, wakil syarikat penerbangan memaklumkan mereka diarahkan memberi maklumat tambahan berhubung manual keselamatan pada saat akhir bagi memastikan keselamatan setiap jemaah.

"Manual keselamatan kita kena ada penambahan disebabkan beberapa insiden  yang berlaku di Timur Tengah, jadi mereka mahu pastikan prosedur kita mematuhi apa dikehendaki mereka.

"Kita telah hantar dokumen tambahan yang diminta dan sekarang kita tunggu jawapan balas mereka petang ini. Apa pun kita akan pastikan jemaah yang terkandas ini mendapat maklumat terkini dari semasa ke semasa," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: jemaah umrah , terkandas

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan