Bendera Yang di-Pertuan Agong Dinaikkan Di Istana Balai Besar, Kota Bharu

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2016 8:26 AM

Bendera rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkibar di Istana Balai Besar tepat pukul 12 malam semalam. Istiadat menaikkan bendera tersebut dilakukan oleh dua anggota tentera dari 8 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja iaitu Sarjan Andy Hamdi (kanan) dan Koperal Mohd Risuaimi Che Hashim (dua, kanan). Istiadat itu turut diiringi oleh enam anggota Batalion Ke-5 Rejimen Renjer Diraja. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Bendera rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V dikibarkan di Istana Balai Besar di sini, pada 12 malam.

Istiadat menaikkan bendera tersebut dilakukan oleh dua anggota tentera dari 8 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja iaitu Sarjan Andy Hamdi dan Koperal Mohd Risuaimi Che Hashim.

Istiadat itu turut diiringi oleh enam anggota Batalion ke-5 Rejimen Renjer Diraja.

Sultan Muhammad V menggantikan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 selama lima tahun, bermula 13 Disember.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan