Sultan Perak Bimbang Rasuah Semakin Berleluasa

Diterbitkan: Isnin, 12 Disember 2016 12:06 PM

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyampaikan Anugerah Keluarga Mithali kepada Mohd Shafiai Salleh sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Perak Tahun 1438H/2016M di Dewan Majlis Daerah Tanjung Malim Isnin. Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Pengarah Jabatan Jabatan Agama Islam Perak Datuk Mohd Yusop Husin (kiri). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

TANJUNG MALIM: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada Isnin melahirkan kebimbangan dengan gejala rasuah dan pecah amanah yang dilakukan secara terbuka oleh golongan berjawatan dan berpendidikan tinggi.

Baginda bertitah berdasarkan laporan media, perlakuan rasuah dan pecah amanah kini bukan sahaja berlaku secara berleluasa, malah pada skala yang sangat besar.

Titah Sultan Nazrin sejarah menunjukkan perbuatan pecah amanah dan rasuah, penggunaan kuasa secara rakus oleh manusia adalah faktor menyebabkan kejatuhan banyak kerajaan dan keruntuhan sesuatu tamadun.

"Dalam sejarah kerajaan Islam, ramai kalangan pemimpin Bani Umaiyah dan Bani Abbas lupa kepada amanah Ilahi kerana terlalu asyik menikmati kemewahan dunia, lalu sanggup menggunakan kekayaan untuk mengekalkan kuasa.

"Apabila kuasa dianggap satu peluang memenuhi kepentingan diri dan bukan satu amanah, maka rosaklah tataurusan pemerintahan yang akhirnya berkesudahan dengan kejatuhan sesebuah kerajaan dan keruntuhan sesuatu tamadun," titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian pada majlis sambutan Maulidur Rasul 1438H peringkat negeri yang disertai kira-kira 2,000 orang, di sini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Baginda bertitah harta yang diperoleh dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak merupakan satu bentuk penganiayaan dan kezaliman terhadap orang yang berhak.

"Begitu juga apabila seseorang menguasai harta orang lain dengan cara mengupah saksi-saksi palsu atau memberi suapan kepada hakim dengan tujuan keputusan memihak kepadanya dan harta-harta itu jatuh ke tangannya," titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah dalam menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul, umat Islam perlu menjadikan sunnah-sunnah Nabi Muhammad SAW sebagai panduan dan pegangan terutama dalam usaha mencari formula menangani situasi semasa.

"Janganlah kita mengizinkan diri untuk kembali ke era kejahilan setelah disinarkan dengan petunjuk dan hidayah.

"Semoga dengan mendalami sejarah dan perjalanan hidup Rasulullah, ummah akan memiliki kekuatan untuk memupuk akhlak al-Amin, agar umat Islam menjadi umat yang paling beramanah," titah Sultan Nazrin.

Tags / Kata Kunci: Sultan Nazrin Shah , rasuah , Maulidur Rasul

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan