Sultan Kelantan Diisytihar Yang Di-Pertuan Agong Ke-15 Selasa

Diterbitkan: Isnin, 12 Disember 2016 5:50 PM

Sultan Muhammad V

Sultan Muhammad V.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V akan diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam satu istiadat mengikut tradisi Kesultanan Melayu yang akan berlangsung di Istana Negara pada Selasa.

Upacara sambutan di ibu negara dijadual bermula dengan istiadat keberangkatan tiba Sultan Muhammad V, di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9 pagi.

Keberangkatan tiba Sultan Kelantan, 47, itu akan disambut Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas sambutan serta isteri Datin Seri Raya Erom.

Menurut buku atur cara istiadat, rombongan diraja kemudiannya akan berangkat ke Dataran Parlimen bagi acara sambutan rasmi sebelum menuju ke Istana Negara untuk majlis angkat sumpah dan menandatangani surat pengisytiharan yang akan dihadiri semua Raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri serta jemaah menteri.

Turut melafaz sumpah memegang jawatan esok ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Kedua-dua baginda dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-243 (Khas) pada Oktober lepas, dan akan menduduki takhta bagi tempoh lima tahun bermula Selasa.

Upacara sambutan dan pengisytiharan Seri Paduka Baginda akan disiarkan secara langsung melalui saluran TV1, Radio dan Televisyen Malaysia. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Sultan Muhammad V , Sultan Kelantan

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan