Rakyat Kelantan Iringi Keberangkatan Sultan Muhammad V Ke Lapangan Terbang

Diterbitkan: Isnin, 12 Disember 2016 3:05 PM

Dari kiri Husni Faizaib Azam Mohd Nizam, 25, dan Yap Shing, 62, pemain serunai Pasukan Gendang Besar Istana Kelantan semasa mengadakan latihan lagu 'Raja Berangkat' di Istana Balai Besar, Isnin. Pasukan Gendang Besar Istana Kelantan akan memainkan lagu 'Raja Berangkat' di luar kebiasaan iaitu sempena keberangkatan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ke Istana Negara pada Selasa. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan berbilang kaum akan berbaris di sepanjang jalan antara Istana Negeri, Kubang Kerian dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa bersempena keberangkatan Sultan Kelantan,  Sultan Muhammad V ke Istana Negara di Kuala Lumpur, Selasa.

Pengelola Istana Diraja Kelantan Nik Pakheruddin Nik Abdul Kadir berkata lebih 11,000 orang dijangka berada di sepanjang laluan 14km itu seawal 7 pagi, namun pada hemah beliau, bilangan itu akan bertambah.

"Dari Istana Negeri, kenderaan yang dinaiki baginda akan melalui Jalan Sultan Yahya Petra, Jalan Pekeliling dan Jalan Tok Guru seterusnya ke lapangan terbang," katanya kepada Bernama.

Nik Pakheruddin berkata persembahan kebudayaan tradisional akan turut diadakan di 11 lokasi di sepanjang laluan itu.

Beliau berkata istiadat itu akan bermula dengan keberangkatan tiba Sultan Muhammad V di Istana Negeri pada 7.15 pagi untuk memeriksa kawalan kehormat merangkumi 107 anggota dan tiga pegawai Rejimen Artileri Diraja.

Nik Pakheruddin berkata baginda dijadual berlepas ke Kuala Lumpur dengan pesawat khas pada 8.30 pagi.

Beliau berkata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed akan bertindak sebagai menteri pengiring.

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Ketua Negara untuk kali kedua hari ini dan digantikan dengan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuat kuasa esok bagi tempoh lima tahun.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan