Kumpulan Pendaki Terkandas Di Gunung Brik Ditemui Selamat

Diterbitkan: Isnin, 12 Disember 2016 4:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Tiga puluh pendaki yang dilapor sesat di Gunung Brik, daerah Bau berjaya turun dengan selamat.

Kumpulan pendaki itu yang terdiri daripada 17 wanita dan 13 lelaki, tiba di Kampung Tringus pada petang Isnin selepas operasi mencari dan menyelamat dilancarkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.

"Kumpulan pertama dengan sembilan pendaki tiba dahulu, diikuti dengan kumpulan kedua yang tiba pada jam 3 petang," kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Nor Hisham Mohammad.

Beliau berkata tiga anggota bomba dan penduduk kampung yang merentas masuk ke gunung itu telah bertemu dengan pendaki-pendaki itu yang sedang dalam perjalanan turun ke kaki gunung.


"Pendaki telah membuat satu keputusan yang bijak apabila tidak turun pada Ahad disebabkan paras air yang tinggi dan arus sungai yang deras," kata Nor Hisham sambil menambah tiada sebarang kecederaan serius dialami mereka.

Kumpulan itu memulakan pendakian mereka pada Sabtu dalam satu ekspedisi yang dianjurkan oleh sebuah kelab dan sepatutnya turun pada Ahad.

Apabila mereka tidak kembali seperti yang dijadualkan, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Bau pada pukul 8.30 pagi Isnin.

Jabatan Bomba dan Penyelamat telah dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 7.10 pagi dan telah menggerakkan operasi menyelamat.

Bernama sebelum ini melaporkan seramai 33 pendaki dikhuatiri hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian di Gunung Brik, kira-kira 30 kilometer dari pekan Bau sejak Sabtu.
Tags / Kata Kunci: pendaki sesat , Gunung Brik

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan