Jangan Cetus Spekulasi Nahas LPT2 - Exco

Diterbitkan: Isnin, 12 Disember 2016 4:41 PM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: "Jangan cetuskan spekulasi dan andaian kemalangan di LPT 2 semalam (Ahad)," kata Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Terengganu, Ir Rosli Othman. 

Beliau berkata, kemalangan yang mengakibatkan enam maut di Kilometer 288.6 Lebuhraya Pantai Timur Fasa II (LPT 2) itu dipercayai berpunca daripada kerosakan tayar, dan bukan disebabkan faktor jalan di kawasan terbabit.

"Saya minta orang ramai hentikan andaian. Biar pihak bertanggungjawab lakukan siasatan terlebih dahulu bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

"Orang ramai tidak perlu mendahului pihak berkuasa dengan menyebarkan andaian punca kemalangan itu kerana mendatangkan kesengsaraan kepada keluarga," katanya kepada pemberita ketika menziarahi jenazah di Unit Forensik Hospital Kemaman, di sini Ahad malam.

Rosli, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemasik, turut membantu keluarga mangsa dengan menyediakan van jenazah bagi menghantar kesemua mangsa ke Marang dan Shah Alam.

Dalam kejadian itu, enam sekeluarga maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Starex yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan dan terlanggar tiang jambatan.

Insiden itu turut mengakibatkan empat lagi mangsa termasuk pemandu cedera parah. - Bernama

Tags / Kata Kunci: LPT2

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan