Penyebaran Surat Layang Cuba Pecah Belah Keutuhan Umno - Ismail Sabri

Diterbitkan: Ahad, 11 Disember 2016 3:51 PM

Ismail Sabri

(Ubah saiz teks)

BERA: Penyebaran surat layang membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan fitnah semata-mata bagi memecah-belahkan perpaduan Umno yang kini semakin kukuh.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan pihak tertentu menyebarkan surat itu menunjukkan mereka berasa goyah dengan keutuhan perpaduan dalam kalangan pemimpin dan anggota Umno sekarang.

"(Perpaduan) Umno sekarang semakin padu sebab kumpulan yang tidak setia dengan parti sudah keluar Umno dan menubuhkan parti baharu...dulu ada kumpulan yang suka menikam daripada dalam, seperti gunting dalam lipatan.

"Apabila kumpulan ini sudah keluar parti, yang tinggal sekarang 100 peratus anggota Umno di bawah pimpinan Datuk Seri Najib (Tun Razak) yang mana kesemuanya bersatu, perpaduan begitu kukuh dalam kalangan (anggota) Umno kerana kita hanya ada satu pasukan, tidak ada opasukan lain lagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan persekolahan 2017 kepada pelajar dan anugerah kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 di bawah Parlimen Bera di sini, Ahad.

Ismail Sabri berkata demikian ketika mengulas tentang penyebaran surat itu menerusi media sosial yang kononnya ditandatangani Ahmad Zahid untuk mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata penyebaran surat berkenaan tidak akan sesekali berjaya memecah-belahkan Umno serta tidak akan menggugat keakraban hubungan yang sudah lama terjalin antara Ahmad Zahid dengan Najib.

"Sejarah Umno pun menunjukkan (hubungan) timbalan perdana menteri sangat akrab dengan perdana menteri kita antaranya Datuk Seri Ahmad Zahid (Hamidi) pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Najib (Tun Razak) suatu ketika dahulu," katanya.

Katanya beliau yakin kesemua anggota Umno tidak akan terpengaruh dengan penyebaran surat berkenaan memandangkan mereka sudah pun bijak menolak segala perkara tidak benar yang boleh memecah-belahkan perpaduan dalam Umno.

Seramai 6,500 pelajar dari Parlimen Bera menerima sumbangan persekolahan berkenaan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan