Kerajaan Malaysia Kutuk Serangan Bom Di Stadium Besiktas

Diterbitkan: Ahad, 11 Disember 2016 3:55 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya dua serangan bom pengganas yang telah berlaku di luar Stadium Bola Sepak Besiktas di Istanbul pada 10 Disember 2016 yang telah meragut 29 nyawa serta mencederakan 166 orang.

Kerajaan Malaysia merakamkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Republik Turki serta kepada keluarga dan mangsa yang terlibat di dalam serangan tersebut. Malaysia menganggap tindakan keganasan ini tidak berperikemanusiaan dan berharap pihak yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.

Kedutaan Besar Malaysia di Ankara telah mengesahkan bahawa sehingga kini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian ini. Kedutaan juga akan terus berhubung dengan pihak berkuasa Turki dan rakyat Malaysia di sana termasuklah para pelajar yang menuntut di Istanbul.

Kementerian Luar Negeri mengingat rakyat Malaysia yang bermastautin atau berhasrat mengadakan lawatan ke Turki supaya sentiasa berhati-hati dan peka serta merujuk kepada panduan keselamatan yang disiarkan di laman sesawang Kementerian Luar Negeri.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan