Pembangkan Burukkan PAU Kerana Cemburui Ikatan Ukhwah Anggota

Diterbitkan: Ahad, 11 Disember 2016 3:59 PM

Razali Ibrahim

(Ubah saiz teks)

MUAR: Tindakan pembangkang memburuk-burukkan Perhimpunan Agung UMNO minggu lepas adalah disebabkan mereka mencemburui ikatan ukhwah yang kekal kukuh, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim.

Selain itu, katanya, pembangkang juga mahu rakyat keliru dengan pelbagai isu yang dicipta sendiri oleh mereka mengenai parti tersebut.

Menurut Razali, pembangkang tidak tahu apa sebenarnya yang dibincangkan sepanjang persidangan itu dan sekadar menggunakan berita dari sumber tidak sahih serta membuat penilaian songsang dengan dakwaan kononnya ia gagal dan hanya pentas bagi memburukkan individu tertentu.

"Mereka tidak hadir persidangan serta tidak tahu apa yang sebenarnya dibincangkan sedangkan banyak usul penting yang dibentangkan perwakilan adalah untuk kebajikan rakyat dan ia dicatat serta dibukukan oleh sekretariat.

"Sekiranya ada yang ingin mendapat maklumat apa yang dibincangkan pada perhimpunan itu, mereka boleh datang berjumpa saya bagi mendapat buku tersebut," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Kejohanan Soft Dart Johor 2016 di sini, Ahad.

Razali yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata rakyat tidak seharusnya terus menghukum kerajaan berlandaskan isu yang dibangkitkan parti pembangkang tanpa menyelidik terlebih dahulu apa yang sebenarnya berlaku.

Beliau berkata pembangkang cemburu apabila UMNO dan Barisan Nasional (BN) dilihat lebih mantap dan kukuh apabila mampu bekerjasama dengan PAS mengenai 'isu-isu bersama' tanpa perlu mewujudkan satu pakatan politik.

"Mereka (pembangkang) lebih cemburu apabila melihat UMNO mampu bekerjasama dengan PAS dalam isu membantah pembersihan etnik Rohingya Muslim di Myanmar," katanya.

Terdahulu, Razali turut menghadiri majlis berkhatan perdana Parlimen Muar yang disertai 50 kanak-kanak, anjuran bersama Pemuda UMNO Muar dan Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani di sini. 

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan