Kami Tak ‘Lapar’ Jawatan, Kata Amanah Kepada Azmin

Diterbitkan: Ahad, 11 Disember 2016 12:00 PM

Jamzuri Ardani

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor tidak ‘lapar’ kedudukan atau jawatan dalam kerajaan negeri, kata seorang perwakilan negeri itu kepada menteri besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Wakil Selangor, Jamzuri Ardani berkata Selangor perlu keluar daripada politik ‘ding dong’ dengan keputusan segera perlu dibuat mengenai kedudukan Amanah dalam kerajaan Pakatan Harapan di Selangor.

“Pakatan Harapan Selangor sekarang ini adalah ibu kepada politik ‘ding dong’ ini, membosankan.

“Kita nak beritahu kepada menteri besar bahawa Amanah tak ‘lapar’ dengan jawatan, tak ‘lapar’ kedudukan dalam kerajaan, apa yang kami mahu adalah kami diraikan sebagai anggota komponen parti kerajaan dan dijauhkan daripada kekangan dan birokrasi kerajaan negeri,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada hari kedua Konvensyen Amanah, Ahad.

Beliau berkata demikian bagi menuntut pimpinan tertinggi Amanah dan kerajaan Pakatan Harapan di Selangor memperkuat dan memperteguhkan Pakatan Harapan dengan membuat satu keputusan jelas mengenai kedudukan Amanah di Selangor serta kerjasama politik sesama pembangkang.

“Buat keputusan yang jelas, jangan buang masa dengan mainan politik yang membosankan, ding dong sana sini, tunggu sana sini.

“Kalau mahu satu logo, muktamadkan, satu manifesto pun, lancarkan, pembahagian kerusi juga muktamadkan segera…ini tanggungjawab pimpinan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa pimpinan tertinggi Amanah supaya lebih bertanggungjawab ke arah Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan belajar daripada kesilapan pilihan raya sebelum ini.

Katanya, mesej politik Amanah yang hendak disampaikan kepada pengundi juga masih kabur dan tidak komprehensif.

Beliau turut mencadangkan agar parti membuat pengumuman lebih awal tentang calon dan kerusi yang akan ditandingi Amanah dalam PRU-14.

"Kalau ada pun beberapa perubahan, pengumuman awal ini akan banyak dapat membantu gerak kerja peringkat akar umbi.

"Kita perlu ingat, kita ni parti baru, sumber kita terhad, kita tak mampu untuk pecut pada saat akhir tapi kita boleh bermula jauh lebih awal, kita tak mampu buat kerja sekali gus, tapi efektif kalau lebih fokus dan berkerja lebih awal," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan