PAS Tak Bantu, Amanah Akan Bantu Mazlan - Khalid Samad

Diterbitkan: Ahad, 11 Disember 2016 2:20 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) akan terus membantu Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman daripada diisytihar muflis walaupun PAS dilihat cuba bersikap ‘lepas tangan’.

Pengarah komunikasi parti itu, Khalid Samad berkata Amanah bukanlah sebuah parti yang memanfaatkan kekuatan individu tertentu untuk meraih undi dan sokongan semata-mata.

"Ini sebagai ujian bagi Amanah, kita tak mahu menjadi parti yang apabila seseorang itu berjuang bagi isu-isu kita, kita matlamatkan untuk mendapatkan sokongan dan undi, tapi bila dia ditimpa dengan satu bala dan kesusahan, kita lepas tangan.

“Kita tak mahu menjadi satu parti yang hanya nak manfaatkan kekuatan yang ada pada individu-individu tertentu untuk kepentingan parti,” katanya ketika menyokong usul wakil Negeri Sembilan bagi menunjukkan Solidariti buat Mazlan Aliman pada Konvensyen Nasional Amanah, Ahad.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata PAS sepatutnya tampil membantu Mazlan dalam isu ini kerana hasil perjuangannya telah banyak meraih sokongan rakyat kepada parti-parti pembangkang sejak dulu lagi.

Mazlan adalah bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan kini telah menyertai Amanah, memegang jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Nasional.

Khalid berkata, apabila ditimpa ujian sebegini, apa yang berlaku terhadap dirinya tidak wajar dilihat sebagai satu ‘persoalan peribadi’.

“Dari sebelah PAS, PAS juga sepatutnyalah bantu.

“Tapi kalau PAS lepas tangan, biar parti Amanah menyahut cabaran ini bersungguh-sungguh membela nasib dan perjuangannya,” katanya yang turut mengumumkan sumbangan RM10,000.

Terdahulu, Presiden Amanah Mohamad Sabu mengumumkan akan berusaha mencari sumbangan wang sebanyak RM20,000 sebagai penyelesaian untuk membebaskan Mazlan daripada muflis.

"Saya bukan duit banyak tapi Abang Mat ni sedikit sebanyak ada pengaruh, jadi saya akan berusaha untuk mencari, dari diri saya, daripada kawan-kawan, saya akan mulakan dengan RM20,000,” katanya.

Pada 29 Mei tahun lalu, mahkamah memerintahkan Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise untuk membayar ganti rugi am dan ganti rugi teruk berjumlah RM350,000 serta kos guaman sebanyak RM150,000 kepada Felda.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan