TUDM Sedia Kerah Aset Hadapi Banjir Teruk

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2016 1:44 PM

GAMBAR FAIL

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pusat Pengumpulan Bekalan Banjir di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang dekat sini akan diaktifkan sekiranya berlaku banjir teruk.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata kesemua aset kini diletakkan dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan.

"Kami (Kementerian Pertahanan) bersedia tiap-tiap tahun di semua peringkat (untuk hadapi banjir), jika keadaan banjir teruk kita akan bertindak," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Flag-Off acara 'Warriors Challenge 2016' di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas persiapan Kementerian Pertahanan bagi menghadapi banjir terutama di pantai timur tahun ini.

Bah kuning pada Disember 2014 mengakibatkan lebih 150,000 orang dipindahkan ke pusat-pusat penempatan banjir di seluruh Kelantan.

Susulan itu, Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mengaktifkan Pangkalan TUDM, Subang sebagai Pusat Pengumpulan Pembekalan Makanan mangsa banjir, yang beroperasi 24 jam pada 26 Disember 2014.

Selasa lepas, Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Roslan Saad berkata dua pesawat pengangkut Airbus A400M akan digunakan untuk membantu operasi ketika banjir menerusi Op Murni, khususnya di pantai timur.

Menurut Roslan, selain A400M, aset lain yang akan digerakkan ialah helikopter EC725, helikopter jenis Nuri dan pesawat C130 Hercules.

Mengenai kutipan Tabung Hari Pahlawan, beliau berkata sasaran RM5 juta kutipan pada tahun ini mampu dicapai selepas jumlah kutipan yang dikutip setakat ini sebanyak RM2.6 juta sejak dimulakan 31 Julai lalu.

"Pelbagai kempen dibuat dan kutipan masih lagi berjalan, apabila kutipan tamat pada 31 Dis ini saya yakin sasaran itu dapat dicapai.

"Dana tabung ini digunakan untuk membantu veteran selain mereka (veteran) menerima sumbangan dan bantuan daripada kerajaan," katanya.

Acara 'Warriors Challenge 2016' yang dianjurkan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia itu merupakan sebahagian daripada promosi Kempen Tabung Hari Pahlawan.

Acara meliputi perlumbaan larian berhalangan sejauh lapan kilometer itu disertai oleh 500 peserta termasuk pengamal media. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: TUDM

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan