Ketepikan Fahaman Politik Untuk Bantu Mangsa Banjir - Tengku Abdullah

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2016 9:09 AM

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihatkan pemimpin parti politik agar mengenepikan sebarang fahaman politik dalam usaha membantu mangsa banjir jika musibah itu berlaku berikutan musim tengkujuh ketika ini.

Tengku Abdullah bertitah, pengalaman berdepan bencana banjir sebelum ini menunjukkan ada pihak yang mengambil kesempatan dengan berpolitik untuk meraih populariti sehingga menyebabkan mangsa banjir tidak mendapat bantuan sepatutnya.

"Beta menerima aduan daripada mangsa dalam kejadian banjir sebelum ini, di mana mereka menghadapi masalah semasa pendaftaran di pusat bantuan.

"Beta menitahkan agar pihak atau agensi yang terlibat berlaku ikhlas untuk berkhidmat membantu mangsa banjir.

"Kita mesti ada semangat kemanusiaan apabila berlaku sebarang musibah, jangan terlalu berlebih-lebih dalam berpolitik. Kita sudah muak," titah baginda kepada pemberita selepas mendengar taklimat persediaan menghadapi banjir di Wisma Seri Pahang di sini pada Jumaat.

Sehubungan itu, Tengku Mahkota Pahang mengingatkan bahawa mangsa terlalu banyak menderita kerana terpaksa meninggalkan harta benda dan rumah mereka, sekali gus pihak berwajib tidak boleh mengabaikan mereka.

"Beta berpuas hati dengan persiapan menghadapi banjir tetapi jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan dalam pelaksanaannya.

"Banyak perkara boleh berlaku ketika menghadapi musibah banjir, sebagai contoh, penutupan jalan akibat ditenggelami air atau tanah runtuh boleh menjejaskan penghantaran logistik ke pusat bantuan," titah baginda.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan