Tidak Sedar Terkena Tembakan - Anggota PGA

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2016 11:23 AM

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid harun (kiri) menyerahkan cenderahati kepada Mohd Syafik yang dirawat di Hospital Semporna akibat terkena tembakan di bahagian kaki.

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: "Saya tidak sedar terkena tembakan. Saya hanya menyedari selepas pertempuran berakhir."

Itulah yang diakui oleh seorang anggota Platun Harimau Pasukan Gerakan Am (PGA) yang cedera dalam kejadian berbalas tembakan dengan sekumpulan penculik di Sabah pada malam Khamis lalu.

Lans Koperal Mohd Syafik Lagu Abdullah mengalami kecederaan di bahagian kaki kanan akibat terkena tembakan pihak musuh dan kini sedang dirawat di hospital Semporna.

"Selepas pertempuran berakhir, kaki saya berasa amat sakit seperti dicucuk benda tajam," anggota keselamatan berusia 30 tahun itu.

Mengimbas kembali detik-detik mencemaskan ketika bertempur dengan kumpulan penjenayah tersebut, Mohd Syafik berkata, kumpulan penyerang melepaskan tembakan apabila dia terdengar jeritan "polis".

"Kejadian itu berlaku dengan pantas, mungkin dalam tempoh seminit.

"Malah saya sendiri tidak pasti sama ada terkena tembakan," katanya.

Ayah kepada dua orang anak itu juga berkata, isterinya berasa bimbang apabila dimaklumkan bahawa suaminya terkena tembakan.

"Saya memberitahu isteri agar tidak bimbang dan bertenang," katanya sambil berharap agar dipindahkan ke hospital Tawau untuk bertemu dengan isteri dan anaknya.

Tags / Kata Kunci: Semporna , Culik

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan