SL1M: Lebih 97,000 Graduan Terima Manfaat

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2016 3:18 PM

(Ubah saiz teks)

TUARAN: Lebih 97,000 graduan menerima manfaat dan mendapat pekerjaan semenjak program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dilancarkan pada 2011 sehingga September lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata menerusi pelaksanaan SL1M, para graduan diberi peluang menjalani latihan pekerjaan dan meningkatkan kemahiran komunikasi.

Selain itu, mereka turut belajar membentuk integriti, berdaya saing dan bertanggungjawab dalam melaksanakan setiap tugasan diberikan majikan, katanya ketika berucap merasmikan Festival Kerjaya SL1M Sabah 2016 di Pusat Latihan Rela Sabah di sini Sabtu.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri S. K. Devamany.

Abdul Rahman berkata kerajaan tidak pernah memandang remeh isu pengangguran walaupun statistik Jabatan Perangkaan Malaysia mencatatkan kadar pengangguran agak rendah iaitu 3.5 peratus pada September lepas.

"Malah, kerajaan akan terus berusaha membantu bakat muda mendapatkan pekerjaan...pelbagai program intervensi dilakukan kerajaan termasuk SL1M bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan," katanya.

Justeru, katanya setiap pencari kerja perlu bersedia keluar daripada kepompong keselesaan serta menyesuaikan diri dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan selain berkembang mengikut peredaran masa. 

Sebanyak 13 syarikat mengambil bahagian pada Festival Kerjaya SL1M Sabah ke-7 dan terakhir untuk tahun ini yang menawarkan kira-kira 1,000 peluang pekerjaan dan latihan untuk semua peringkat kelulusan.

Pada majlis itu juga, seramai 350 kanak-kanak menerima sumbangan dua pasang baju sekolah, kasut, beg dan alat tulis daripada Abdul Rahman yang juga Anggota Parlimen Kota Belud sempena sesi persekolahan tahun depan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: SL1M , Rahman Dahlan

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan