CCCC Disenarai Hitam Tiada Kaitan Dengan ECRL - Rahman Dahlan

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2016 3:51 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tindakan Bank Dunia menyenarai hitam Syarikat Pembinaan Komunikasi China (CCCC) tiada kaitan dengan pemberian kontrak Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) kepada syarikat itu, kata Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, ini kerana projek terbabit bukan melibatkan pembinaan jambatan atau jalan selain ECRL tidak dibiayai oleh Bank Dunia.

"Malah sekatan yang dilaksanakan Bank Dunia tidak melibatkan penyertaan CCCC dalam projek ECRL," kata beliau menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Abdul Rahman berkata demikian sebagai menjawab laporan yang memetik kenyataannya di Dewan Negara berhubung perkara itu, di mana beliau menafikan CCCC disenaraihtiam oleh Bank Dunia.

Tambah beliau, Syarikat Kumpulan CCCC telah membuktikan kemampuan mereka untuk melaksanakan projek mega di Malaysia termasuk pembinaan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Pulau Pinang yang disiapkan pada 2014.

"Baru-baru ini, CCCC turut dianugerahkan projek penampakan bernilai RM2 bilion menerusi sebuah syarikat kerajaan negeri Pulau Pinang," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa CCCC dibentuk berdasarkan gabungan beberapa syarikat termasuk sebuah firma bernama Syarikat Jambatan dan Jalan China (CRBC).

Ujarnya, pemegang saham terbesar dalam syarikat CCCC merupakan kerajaan Republik China.

"Bank Dunia mendapati CBRC secara bersendiri melakukan penyelewengan dalam projek pembinaan jalan di negara jiran tidak lama dulu.

"Ekoran itu, Bank Dunia menyenarai hitam CRBC daripada terlibat dalam mana-mana projek pembinaan jalan atau jambatan yang dibiayai oleh bank tersebut," jelasnya.

Abdul Rahman berkata, perubahan sistem sekatan oleh Bank Dunia pada 2011 menetapkan mana-mana syarikat pengganti sama ada dibeli atau disusun semula, dikenakan hukuman yang sama ke atas syarikat asal tersebut.

"Syarikat pengganti iaitu CCCC, turut disenarai hitam daripada terlibat dalam projek pembinaan jalan atau jambatan yang dibiayai oleh Bank Dunia," kata Abdul Rahman.

Tambahnya, sekatan itu akan berakhir pada 12 Januari depan.


Tags / Kata Kunci: Rahman Dahlan , CCCC , ERCL

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan