PPBM Juga Perlu Diberi Kata Dua - Wakil Pemuda Amanah

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2016 6:28 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) seharusnya juga perlu diberi kata dua dalam membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Harapan selain PAS.

Wakil Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Najib Abdul Rahim berkata, ketika ini hanya PAS yang diberikan tempoh sehingga akhir tahun ini untuk menyatakan pendirian mereka.

"Patut beri kata dua kepada Parti Pribumi Bersatu, sama ada nak kami atau parti bekas presiden (PAS)," katanya yang merujuk 'parti bekas presiden' sebagai PAS yang dipimpin oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan pidato presiden sempena Konvensyen Nasional Amanah 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, Sabtu.

Dilaporkan, Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memberi tempoh sehingga akhir tahun kepada PAS sebagai kata dua untuk parti itu menentukan pendirian politik mereka bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Mohd Najib berkata, Pakatan Harapan dilihat tidak berhenti berharap agar PAS menyertai pakatan pembangkang, sebaliknya parti Islam itu langsung tidak memberikan sebarang kata putus.

Malah katanya, terdapat pihak yang masih mengadakan rundingan untuk terus 'memujuk' PAS menyertai Pakatan Harapan.

"Mereka (PAS) dah kata tak nak tetapi kita terus berharap dan berharap. Kalau kami di peringkat Pemuda, kami kata tak payahlah nak runding," tegasnya.

PPBM sebelum ini dilaporkan mengadakan pertemuan dengan PAS sebagai usaha menghubungkan parti Islam itu dengan Pakatan Harapan.

Pada masa sama, PPBM ketika ini juga masih belum memutuskan untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan.

Tags / Kata Kunci: PPBM , Amanah , kata dua

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan