PM Puas Hati Usaha SEDIC Bantu Golongan B40 Kaum India Bawa Impak

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2016 8:01 PM

Najib melawat gerai Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MIFA) semasa Expo SEDIC pada Sabtu. Turut kelihatan Presiden MIFA, Datuk T Mohan (kanan) dan Datuk M Saravanan. foto Low Boon Tat/The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejayaan Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) meningkatkan taraf hidup masyarakat India, terutamanya golongan B40 (isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah) mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mahu usaha yang dilakukan unit khas di bawah Jabatan Perdana Menteri itu diteruskan.

Pengarah SEDIC Prof Datuk Dr N.S. Rajendran berkata sejak ditubuhkan pada 2014, unit itu telah membantu kira-kira 300,000 masyarakat India terdiri daripada ibu tunggal, pelajar tercicir, belia berisiko tinggi menganggur dan golongan terpencil yang tidak mempunyai akses kepada peluang pasaran.

"Beliau (Najib) sendiri menyatakan, "Saya sangat gembira, program intervensi ini telah membantu ramai orang".

Perdana Menteri berkata kita akan teruskan...beliau yakin bahawa pelaburan sosial ini memang membawa impak," katanya kepada pemberita.

Rajendran sebelum itu mengiringi perdana menteri melawat pameran Ekspo SEDIC 2016 yang diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Batu Caves, di sini Sabtu.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan.

"Perdana menteri begitu terharu dan gembira dengan sambutan sangat baik daripada masyarakat India terhadap Ekspo SEDIC yang pertama kali diadakan," katanya.

Menurut Rajendran, sejak ditubuhkan, dana khas sebanyak RM160 juta telah diagihkan kepada 400 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) yang terpilih.

"Hari ini perdana menteri lihat sendiri hasil pameran 80 daripada 400 NGO dan ILKS yang terpilih, pameran mengenai projek yang sedang dan akan dikendalikan.

"Ini termasuk 1,000 tempat untuk latihan kemahiran kepada masyarakat India terutamanya, golongan B40 iaitu yang berpendapatan isi rumah 40 peratus ke bawah," katanya.

Program ini mempunyai sistem pemantauan yang ketat bagi memastikan dana yang diserahkan, mencapai matlamat untuk membantu golongan berkenaan, katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: SEDIC

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan