Pengawal Peribadi Perlu Miliki Tauliah Polis - KDN

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2016 3:13 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bermula tahun depan, semua pengawal keselamatan peribadi atau 'bodyguard' diwajibkan menjalani latihan khas dan ditauliah oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata latihan itu akan dijadikan syarat wajib bagi pembaharuan lesen membawa dan menggunakan senjata api pengawal keselamatan peribadi pada setiap tahun.

"Langkah ini perlu diadakan bagi memastikan syarikat kawalan keselamatan tidak sewenang-wenangnya menyewakan senjata api kepada mana-mana individu atas dasar sebagai pengawal keselamatan peribadi," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Kursus Certified Security Guards (CSG) Siri 38/2016 di sini Sabtu.

Alwi berkata latihan itu juga bertujuan bagi meningkatkan kawal selia dan kualiti pengawal keselamatan peribadi dan memastikan semua pengawal keselamatan di negara ini dilengkapi latihan sewajarnya di samping menjadi 'mata dan telinga' kepada polis dalam mencegah jenayah.

Pada majlis itu, 408 pengawal keselamatan menamatkan latihan CSG yang diadakan selama enam hari di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini bermula Isnin lepas.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), Datuk Seri Mustapa Ali.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengawal Peribadi (BGM) Basri Ali berkata pihaknya menyambut baik keputusan KDN menetapkan syarat baharu pengambilan pengawal peribadi di bawah seliaan PDRM bermula tahun depan.

"Perubahan ini memberikan penanda aras yang baharu kepada perkhidmatan pengawal peribadi di negara ini dan disifatkan sebagai pengiktirafan yang logik dan munasabah untuk dipraktikkan," kata pengawal peribadi Menteri Pertahanan itu ketika dihubungi Bernama.

Basri berkata persatuan yang mempunyai keahlian daripada lebih 200 syarikat pengawal peribadi di seluruh negara sentiasa menyokong keputusan kerajaan demi meningkatkan tahap keselamatan individu yang memerlukan perkhidmatan itu.

Penasihat Pusat Latihan Pengiring Peribadi Global Protection Secure Datuk Mohd Rani Abdul Rashid pula berkata tapisan keselamatan perlu dilakukan bagi mengelak pelantikan pengawal peribadi yang mempunyai latar belakang buruk seperti penagih dadah dan samseng.

"Suka atau tidak, kita kenalah terima syarat baharu ini demi keselamatan orang lain...pengawal peribadi ini mesti diperiksa untuk memastikan dia bukan pesakit mental, jiwa dan sebagainya," katanya.

Mohd Rani yang juga bekas komander Komando Vat 69 berkata keputusan kerajaan untuk mewajibkan pelantikan baharu pengawal peribadi mengikuti latihan seliaan PDRM dianggap langkah lebih berkesan untuk melahirkan pengawal peribadi yang berdisplin dan dipercayai.

Beliau berkata setakat ini pusat latihan yang berpusat di Banting, Selangor itu melatih para pengawal peribadi dengan latihan fizikal, perundangan, hak mempertahankan diri, cara melindungi majikan dan pelbagai kemahiran lain setelah ditapis keselamatan serta dikaji latar belakang.

KDN dalam satu kenyataan yang diedarkan pada majlis itu berkata tahun ini pihaknya telah membatalkan lesen 10 syarikat kawalan keselamatan manakala 10 lagi syarikat diberikan amaran akhir menerusi 332 operasi penguatkuasaan bersepadu yang dilakukan KDN bersama PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Pemeriksaan yang dilakukan termasuk di 195 sekolah dan 21 hospital bagi memastikan syarikat dan pengawal keselamatan mematuhi segala peraturan, pekeliling dan Akta Agensi Persendirian 1971.

Tags / Kata Kunci: KDN , Alwi Ibrahim

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan