Pembangkang Sebar Khabar Angin Untuk Pecah-Belahkan Umno: PM

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2016 10:28 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa pembangkang menulis surat palsu kononnya pemimpin Umno mendesak beliau supaya meletak jawatan.

Sekeping surat yang didakwa ditulis Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendesak Najib supaya meletak jawatan menjadi viral di laman media sosial pada Sabtu.

Najib berkata beliau percaya surat itu sengaja direka pembangkang yang didakwa 'iri hati' dengan solidariti kukuh yang diperlihatkan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 baru-baru ini.

"Oleh itu, tidaklah menghairankan apabila mereka menyebarkan khabar angin dalam usaha untuk merosakkan hubungan rapat saya dan Timbalan Perdana Menteri.

"Mungkin pembangkang tersalah anggap perwatakan Timbalan Perdana Menteri dengan beberapa bekas pemimpin parti Umno yang didorong oleh kepentingan peribadi, bukan kepentingan parti atau nasional," kata Najib dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata pembangkang kini begitu terdesak dan di dalam kucar-kacir sehingga mereka terpaksa bersekutu dengan orang yang memenjara pemimpin mereka sendiri.

Pada masa sama, Najib menggesa semua ahli parti untuk sentiasa berwaspada terhadap taktik kotor yang digunakan oleh pihak lawan.

"Mereka mencemburui solidariti kukuh dalam Umno dan Barisan Nasional," katanya.

Barisan di laman portal rasminya menunjukkan surat palsu itu mengandungi slogan "Demi Malaysia yang lebih baik".

Ia merupakan slogan Parti Pribumi Persatu Malaysia (PPBM).




Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , surat palsu

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan