Kesukarelawan Ejen Penggerak Transformasi Negara - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2016 9:47 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bergambar bersama penerima Anugerah Sukarelawan of The Year, Project TRY (Transforming Rural Youth) pada Malam Anugerah Sukarelawan Malaysia di Sunway Resort Hotel pada 9 Disember 2016.
Turut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif IM4U Rudy Malik (kanan). - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak lebih ramai masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan dan menjadi ejen penggerak dalam usaha membangunkan negara menjadi sebuah negara maju.

Perdana Menteri berkata aktiviti kesukarelawanan dapat membentuk masyarakat yang lebih berdaya tahan, baik hati dan penyayang, iaitu elemen yang dapat menyumbang kepada kekuatan dalaman sesebuah negara.

Beliau berkata sebuah negara yang maju bukan hanya diukur daripada infrastruktur yang disediakan, bangunan pencakar langit atau kemajuan pengangkutan awamnya, tetapi juga karektor rakyatnya.

"Saya harap semangat kesukarelawanan ini akan dapat jadi gelombang besar dalam negara dan kita akan capai lebih banyak kejayaan dalam negara," katanya selepas menyampaikan anugerah Volunteer Malaysia Awards (VMA) anjuran iM4U di sini, malam Jumaat.

Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Pemegang AmanahiM4U Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif iM4U, Rudy Malik.

Menghargai pengorbanan sukarelawan, Najib berkata kesemua mereka yang terlibat dalam aktiviti tersebut wajar diberi pengiktirafan sewajarnya.

"Mereka ini adalah wira wirawati, mereka tak mahu ganjaran material melainkan kita iktiraf mereka," katanya.

Wujud hasil cetusan idea Najib sendiri, VMA yang mempertandingkan 13 kategori, diadakan bagi mengiktiraf sumbangan individu serta kumpulan sukarelawan, yang melapangkan masa dan tenaga mereka untuk aktiviti kesukarelawanan dan menggalakkan orang ramai untuk menjalankan aktiviti itu.

Pada majlis anugerah berkenaan, Projek Transformasi Belia Luarbandar (TRY) dinobatkan penerima Anugerah Superelawan Tahunan, anugerah tertinggi dalam penganjuran sulungnya. 

Majlis itu turut menyaksikan aktivis keselamatan, K. Balasupramaniam menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat dan pengasas Kelab Kebajikan dan Pendidikan Puncak, Ramli Bakar bagi Anugerah Khas Juri. 

Inisiatif Sukarelawan Terbaik diberikan kepada Yayasan Pelajaran Johor (sektor perkhidmatan awam), AEON Co.(M) Bhd (sektor swasta) dan Association of the Learning Disabled (NGO). 

Sementara, penyanyi Faizal Tahir menerima dua pengiktirafan iaitu Anugerah iM4U untuk Lagu Kemanusiaan Terbaik melalui lagu 'Assalamualaikum' dan bagi kategori Personaliti (undian dalam talian) melalui iAMFAITHMEN. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Najib Razak

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan