MERCY Malaysia Sertai Misi Kemanusiaan Di Aceh

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2016 9:58 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MERCY Malaysia telah menghantar satu pasukan untuk memberi bantuan kecemasan kepada penduduk yang terjejas susulan gempa bumi bermagnitud 6.4 pada skala Richter yang melanda Aceh pada Rabu.

Presiden MERCY Malaysia Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata selepas insiden itu, MERCY segera menghantar pasukan tempatan mengandungi empat anggota, berpusat di Medan dan Banda Ache ke Meureudu, bandar yang teruk terjejas di daerah Pidie Jaya.

"Pada 8 dan 9 Disember, dua pasukan lain dari Ibu Pejabat Kuala Lumpur dihantar  untuk menjalankan penilaian menyeluruh mengenai keperluan perubatan dan keperluan asas oleh penduduk yang terlibat.

"Pasukan Ibu Pejabat diketuai oleh Pengarah Pembangunan Strategik MERCY Malaysia Norazam Abu Samah dari Ibu Pejabat Kuala Lumpur dan terdiri daripada dua kakitangan logistik dan tiga kakitangan perubatan," kata beliau dalam satu kenyataan Jumaat.

Dr Ahmad Faizal berkata, hasil penilaian mendapati bahawa keperluan segera ialah penyediaan peralatan kebersihan dan keluarga bagi mereka yang ditempatkan di khemah-khemah untuk Pelarian Dalam Negara (IDP).

IDP berkenaan ialah Pusat Pemindahan Kampung Matang, Pusat Pemindahan Kampung Raya dan Pusat Pemindahan Kampung Dee.

"Pada fasa pertama respon kecemasan, 426 peralatan kebersihan dan keluarga  telah diperoleh dari bandar Sigli yang berhampiran untuk diagihkan kepada satu daripada khemah IDP.

"Respon kecemasan ini dibiayai oleh Yayasan Maybank yang menyumbang RM250,000 untuk memenuhi keperluan segera serta keperluan masa depan hasil penilaian yang dijalankan di kawasan-kawasan terlibat," kata beliau.

"Sepanjang tahun ini, kita telah melaksanakan beberapa projek kesihatan, air, sanitasi dan kebersihan (WASH) serta projek pembinaan di Aceh," kata beliau.

Lebih 100 orang maut dan beribu-ribu kehilangan tempat tinggal apabila gempa bumi bermagnitud 6.5 mengikut skala Richter menggegarkan Pidie Jaya di timur Aceh pada Rabu.

Gempa susulan berukuran 3.9 pada skala Richter melanda wilayah yang sama malam tadi. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MERCY , Aceh

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan