PAS Keliru Dalam Pendirian Politik Parti - Tun M

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2016 2:15 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa PAS supaya menghentikan kekeliruan mengenai pendirian parti Islam itu untuk menyertai pakatan pembangkang.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) secara sinis berkata, pada masa ini PAS keliru kerana mereka merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor yang turut disertai DAP, namun pada masa turut menjalinkan hubungan bersama Umno.

"Saya rasa mereka (PAS) kena tetapkan keputusan, kita tunggu mereka dan kemudian kita akan putuskan... sama ada mereka mahu parti mereka saja, bersama Umno atau kita pembangkang termasuk termasuk DAP dan Amanah.

"Mereka keliru, ada masa mereka pembangkang, tetapi ada masa bersama dengan Umno. Kita kena tunggu mereka sampai tak keliru," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, Sabtu.

Ditanya mengenai tempoh masa menunggu keputusan PAS, Dr Mahathir berkata: "Saya perlu runding dengan jawatankuasa kita dahulu. Saya bukan diktator."

Bagaimanapun Dr Mahathir berkata, sesiapa yang berusaha untuk mewujudkan pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang sebenarnya menyokong BN.

Walaupun tidak merujuk PAS secara langsung, tetapi jelas PAS kini masih belum memutuskan untuk menyertai Pakatan Harapan, bergerak sendiri atau bersama Umno.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar pula berkata, gabungan semua parti pembangkang bertujuan untuk mereformasi Malaysia bagi memastikan pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digantikan dengan pimpinan alternatif lebih baik.

Tanpa ketetapan PAS untuk bekerjasama dengan pakatan pembangkang, Nurul Izzah berkata, pendirian itu tidak membantu rakyat, apatah lagi melancarkan usaha Pakatan Harapan.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, parti itu tidak pernah meminta PPBM untuk menunggu parti itu menyatakan kesediaan bersabit kerjasama bersama pembangkang dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Menurut Tuan Ibrahim, PAS pada masa ini sedang giat memperkasakan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) berbanding kerjasama berkenaan.

Tags / Kata Kunci: PAS , Mahathir Mohamad , Amanah

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan