800 Rumah PPR Dirancang Di Tanjong Karang

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2016 6:14 PM

Noh Omar.

(Ubah saiz teks)

TANJONG KARANG: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merancang membina kira-kira 800 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini tahun depan.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata KPKT telah mengenal pasti lokasi dan tapak bersesuaian untuk melaksanakan projek bertujuan membantu rakyat kurang berkemampuan memiliki rumah.

"Ini merupakan projek PPR pertama di Tanjong Karang, diharap kerajaan Selangor akan memberi kerjasama baik seperti kebenaran merancang dan tidak mengenakan premium tanah yang mahal," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program bersama menteri KPKT di sini Sabtu.

Ahli Parlimen Tanjong Karang itu juga berkata projek perumahan berkenaan turut menerima subsidi kerajaaan pusat.

"Sebagai contoh, jika rumah itu kerajaan bina dengan kos RM170,000, kita akan jual kepada rakyat pada harga RM70,000 sahaja," katanya.

Mengulas persiapan Jabatan Bomba dan Penyelamat menghadapi banjir, Noh berkata kira-kira 13,000 anggotanya di seluruh negara telah diarah berada dalam keadaan bersiap sedia.

"Sebanyak 350 pasukan bomba sukarela dengan kira-kira 13,000 anggota juga akan digembleng.

"JBPM juga telah menyediakan antaranya 600 bot penyelamat dan 240 lori sebagai persediaan menghadapi musibah itu," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PPR , Tanjong Karang , Noh Omar

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan