Tanah Runtuh: Zon Merah Ditarik Semula, Taman Idaman Disahkan Selamat

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2016 9:33 AM

Kerja membaik pulih kawasan tanah runtuh giat dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) di Taman Idaman, Serendah pada 1 Disember lalu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KEMASKINI

SERENDAH: Status Zon Merah yang dikuatkuasakan di Taman Idaman di sini, ditarik secara rasmi selepas keadaaan di kawasan sekitar tanah runtuh itu disahkan selamat.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritenden R. Supramaniam pada sesi taklimat bersama mangsa pada pagi Jumaat.

"Saya mengisytiharkan Zon Merah yang kita kuatkuasakan tempoh hari (26 November) dengan ini dibatalkan.

"Ini bermakna sebanyak 64 buah rumah yang terlibat dalam proses pemindahan, selamat diduduki hasil daripada laporan yang kita terima daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Dengan ini, penduduk yang ditempatkan di Sekolah Rendah Agama (Serendah) boleh berpindah (semula) pukul 5 petang nanti," katanya.

Supramaniam dalam pada itu berkata, laluan utama yang musnah akibat kejadian tanah runtuh pada dua minggu lalu, dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh seminggu.

"Kita sudah menyediakan jalan alternatif buat sementara ini dan apabila jalan utama yang rosak itu pulih, jadi kita akan buka semula laluan," ujarnya.

Sementara itu, mengulas tentang kebimbangan penduduk tentang tahap keselamatan kawasan yang mereka duduki, Pegawai Daerah Hulus Selangor, Mohd Fauzi Mohd Yatim mengakui bahawa wujud pergerakan air di bawah tanah di kawasan penempatan tersebut kerana lokasi terbabit adalah bekas lombong.

Namun jelasnya, kaedah yang telah digunakan oleh JKR adalah selamat dan menyakinkan.

"Walaupun ada aliran air yang berlaku di bawah runtuhan itu, tetapi menerusi kaedah JKR, aliran air tersebut disalurkan keluar dari kawasan runtuhan," katanya.

Malah Jurutera Daerah, Azarul Azlan berkata, risiko untuk berlakunya runtuhan di kawasan tersebut amat tipis.

"Ini kerana berdasarkan kajian pakar geologi yang melakukan pemantauan di lokasi cerunan sejak sekian lama," katanya.


iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan