Datuk Sabin Samitah Dilantik CEO Baharu LHDN

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2016 6:10 PM

Sabin ketika menerima augerah bagi pihak LHDN pada Julai lalu.

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Sabin Samitah dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) yang baharu, berkuat kuasa 12 Disember ini.

Pelantikan itu berikutan penamatan kontrak perkhidmatan Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar sebagai CEO LHDN pada 11 Disember ini.

Mohd Shukor mengetip kad perakam waktu pekerja buat kali terakhir sebagai kakitangan LHDN di Ibu Pejabat LHDN di sini pada kira-kira pukul 5 petang Jumaat.

Ia berikutan tarikh 11 Disember merupakan hari cuti hujung minggu dan hari kelepasan am sempena keputeraan Sultan Selangor. 

Mohd Shukor mengucapkan terima kasih kepada kerajaan, rakyat Malaysia dan kakitangan LHDN dalam membantu beliau melaksanakan tugas sepanjang mentadbir organisasi itu, terutama untuk meningkatkan kutipan cukai langsung negara.

"Saya harap rakyat Malaysia terus menyumbang kepada pembangunan negara melalui hasil cukai pendapatan yang dibayar memandangkan cukai pendapatan merupakan "non military defense" kepada negara.

"Saya juga mendoakan Datuk Sabin Samitah sebagai CEO baharu berjaya memimpin LHDN menjadi lebih cemerlang  dalam usaha membantu kerajaan merealisasikan setiap agenda dan polisi negara," katanya.

Mohd Shukor turut mendoakan LHDN dan seluruh kakitangannya sentiasa gemilang dan memacu ke hadapan dalam usaha mencapai jumlah kutipan yang disasarkan.

"Ia sekali gus merealisasikan visi untuk berdiri sebagai pentadbir cukai yang menyumbang kepada pembangunan negara, seiring pencapaian wawasan murni, sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya.

Mohd Shukor berkhidmat di LHDN selama 37 tahun sejak 12 Mac 1979 dan berpengalaman luas dalam bidang percukaian menerusi perkhidmatannya di pelbagai peringkat dan negeri di cawangan-cawangan LHDN.

Beliau dilantik sebagai CEO LHDN oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Januari 2011 untuk memimpin organisasi itu selama lima tahun sehingga 11 Disember 2015.

Berdasarkan kecemerlangan Mohd Shukor menerajui LHDN dengan membuat kutipan cukai melepasi angka RM100 bilion, maka kontrak beliau disambung selama setahun oleh kerajaan sehingga 11 Disember 2016.

Antara pencapaian Mohd Shukor adalah menjadi Yang Dipertua Badan Berkanun Malaysia dan Pengerusi The Commonwealth Association of Tax Administrators (Cata).

Beliau juga menerima pengiktirafan, antaranya 'Visionary Veteran Motivator of The Year' Oleh Mc Millan Woods Global Awards 2016; Global Lifetime Brand Icon In Taxation and Inland Revenue Agency Transformation dari The Leaders pada 2016 dan CEO Of The Year Asia, The European Emerging Markets Awards 2015.


Tags / Kata Kunci: Sabin Samitah , LHDN

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan