Persepsi Negatif Halang Usaha Negara Bebas Rasuah

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2016 3:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia masih berdepan isu persepsi negatif yang sengaja diwujudkan bagi merencatkan usaha menjadikan negara ini bebas gejala rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, lebih memburukkan situasi apabila ada persepsi yang ditimbulkan itu dirancang untuk kepentingan pihak tertentu.

"Tuduhan pemimpin terlibat dengan pembunuhan seorang model (Altantuya), menuduh isteri pemimpin beli cincin bernilai puluhan juta ringgit adalah persepsi yang sengaja diwujudkan untuk rakyat percaya seolah-olah itu berlaku.

"Persepsi seperti ini lebih bahaya daripada jenayah rogol, membunuh dan mencuri dan persepsi yang diada-adakan seperti inilah harus dihindari", tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis dialog sempena Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2016 di sini, Jumaat.

Dialog bertajuk 'Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah' itu anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, manakala Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global Malaysia, Datuk Dr Nasharudin Md Isa sebagai moderator.

Selain itu, Razali turut menempelak dakwaan pihak tertentu kononnya rampasan wang tunai terbesar di Sabah yang melibatkan tangkapan dua pegawai kanan Jabatan Air negeri itu bukan dalam kategori jerung.

"Sejumlah wang tunai yang begitu besar dirampas sehingga mencatat rekod dalam sejarah rasuah di negara ini mereka kata bukan jerung?

"Sebagai pihak yang menjaga undang-undang, saya ingin tahu juga bagaimana bentuk jerung yang mereka maksudkan," katanya."


Tags / Kata Kunci: Razali Ibrahim , SPRM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan