Liow: Perlis Sabotaj Kerajaan Persekutuan

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2016 7:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan negeri Perlis meminda enakmen berhubung persetujuan sebelah pihak bagi penukaran agama anak yang bukan Islam oleh ibu bapa yang baharu memeluk Islam.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan tindakan itu sebagai "sabotaj" oleh kerajaan negeri Perlis kerana menurutnya ia jelas melanggar dan menentang apa yang ingin dicapai Kerajaan Persekutuan.

"Sesungguhnya kerajaan Perlis sedar bahawa Kerajaan Persekutuan baharu sahaja membentangkan Rang Undang-undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 yang turut menyentuh mengenai isu penukaran unilateral bagi anak bawah umur. Pindaan ini (oleh kerajaan Perlis) sangat tidak boleh diterima.

"Ia bukan sahaja satu langkah ke belakang, tetapi satu cabaran langsung terhadap apa yang Kerajaan Persekutuan cuba lakukan di peringkat Kabinet. Apa yang Menteri Besar cuba buktikan?" katanya.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan menegaskan bahawa ini bukan isu politik atau agama, tetapi bagi memberi keadilan untuk ibu bapa yang bukan Islam.

Tags / Kata Kunci: Liow Tiong Lai

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan