Nazir Razak Tokoh Terkemuka Di Malaysia, Asean - Mustapa

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2016 4:43 PM

(Ubah saiz teks)

HANOI:  Datuk Seri Mustapa Mohamed mengakui Pengerusi Kumpulan CIMB Group Holdings Bhd  Datuk Seri Nazir Razak sebagai salah seorang tokoh terkemuka di Malaysia dan Asean yang lantang dalam menyuarakan pandangan dan menyumbang pemikiran kepimpinan ke arah meningkatkan integrasi ekonomi Asean.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu bercakap semasa pelancaran ibu pejabat dan cawangan pertama CIMB Bank (Vietnam) Ltd di sini, Jumaat, Mustapa berkata, banyak kali juga, Nazir lantang mengkritik pemimpin-pemimpian Asean.

"Kami menghargai antara kritikannya dan ia mendorong kami untuk bekerja lebih keras lagi bagi mencapai integrasi ekonomi lebih erat," kata Mustapa. 

Turut hadir pada majlis itu ialah Nazir, Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dan Duta Malaysia ke Vietnam Mohd Zamruni Khalid. 

Mustapa berkata CIMB Group menjadi satu satu kuasa pemacu di rantau Asean dalam bidang perbankan Islam, serta menggalakkan perdagangan antara Asean. 

"CIMB Bank bukan sahaja peneraju di Malaysia tetapi juga di Asean. Kami berbangga dengan apa yang dilakukan CIMB Bank di Malaysia dan di rantau ini," katanya. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: Nazir Razak , CIMB

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan