Malaysia Belum Terima Notis Rasmi Myanmar

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2016 12:26 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan sumber tenaga buruh asing dari negara lain sekiranya Myanmar melarang pekerjanya ke negara ini susulan bantahan terhadap penindasan kaum minoriti Islam Rohingya di negara itu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot, bagaimanapun, berkata pihaknya belum menerima sebarang notis rasmi daripada kerajaan Myanmar berkenaan larangan tersebut.

Semalam, Kementerian Imigresen Myanmar, dalam kenyataan, mengumumkan pihaknya telah menghentikan pengeluaran lesen kepada rakyatnya yang mahu bekerja di Malaysia.

Beliau berkata, sekiranya Myanmar mengenakan larangan itu, maka Malaysia boleh mendapatkan bekalan pekerja asing dari negara lain termasuk dari Bangladesh dan Kemboja.

"Malah kita telah menandatangani persefahaman baru-baru ini dengan kerajaan Kemboja bagi pembekalan tenaga buruh di Malaysia," katanya selepas menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2016, di sini pada Khamis malam.

Namun, Riot berkata, larangan yang akan membabitkan lebih 100,000 pekerja Myanmar terutamanya dalam sektor pembuatan itu tidak seharusnya dilakukan demi mengelakkan hubungan serantau Asean terjejas.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Myanmar itu berikutan tindakan tegas Kuala Lumpur yang mahu kerajaan negara itu dihukum kerana melakukan penindasan terhadap penduduk Islam Rohingya.

Terdahulu, beliau melancarkan Pelan Strategik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) untuk industri kecil dan sederhana (IKS) 2016-2020 bagi mengurangkan kadar kemalangan dalam sektor tersebut.

Riot berkata, pelan strategik itu merupakan langkah tambahan menyokong pelaksanaan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMP) 2020 bagi menerapkan budaya pencegahan kemalangan di tempat kerja dalam kalangan IKS.

Katanya, statistik menunjukkan IKS merupakan salah satu sektor yang menyumbang kepada kadar kemalangan industri yang tinggi, sekali gus menyebabkan insiden maut dan hilang upaya kekal di negara ini.

"Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah dan akan mengambil pelbagai inisiatif khas bagi membantu sektor IKS untuk meningkatkan tahap pemahaman dan pematuhan kepada keperluan KKP seterusnya mengurangkan kadar kemalangan di sektor IKS," katanya.

Beliau berkata, hasil komitmen dan usahasama antara kerajaan, majikan dan pekerja telah berjaya menurunkan kadar kemalangan yang ketara di tempat kerja dalam tempoh 10 tahun sejak 2005.

Katanya, kadar kemalangan di tempat kerja adalah purata 2.81 bagi setiap 1,000 pekerja pada 2015 yang menurun sebanyak 46 peratus berbanding 5.16 bagi setiap 1,000 pekerja pada 2015.

"Kadar kemalangan maut pula menurun sebanyak 30 peratus kepada 4.84 bagi 100,000 pekerja pada 2015 berbanding 6.93 bagi setiap 100,000 pekerja pada 2005," katanya.

Tags / Kata Kunci: Myanmar

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan