Lelaki Berjalan Bogel Di Pusat Beli-Belah

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2016 6:44 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang bertelanjang bulat dilihat berkeliaran di sebuah pusat beli-belah popular di Kuala Lumpur pada petang Jumaat.

Sekeping gambar yang disebarkan di media sosial menunjukkan kelibat lelaki berkenaan dari arah belakang yang mendedahkan punggungnya.

Pengguna Twitter, shamxykamal menulis: "Di sebuah pusat beli-belah, ada seorang lelaki berjalan dalam keadaan bogel."


Pengguna Twitter shamxykamal turut berkongsi gambar yang menunjukkan lelaki berkenaan ditahan pihak keselamatan.

Jurucakap pusat beli-belah itu berkata, lelaki bogel itu dilihat di premis tersebut kira-kira pukul 4.30 petang, Jumaat.

"Anggota keselamatan kami berjaya menahannya dengan segera.

"Kami kemudian membawanya ke pejabat dan memberikan kepadanya beberapa pakaian," kata jurucakap itu kepada The Star.

Jurucakap itu berkata mereka cuba bertanya mengapa dia berkelakuan sedemikian namun dia sekadar membisu.

"Dia seolah-olah tidak stabil dan enggan menjawab (soalan kami).

"Jadi kami tidak tahu sama ada dia warga tempatan atau rakyat asing kerana jelas tiada kad pengenalan diri," kata jurucakap itu.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan