Media Putar Belit - MB Perlis

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2016 9:24 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man melahirkan rasa kecewa terhadap laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang mendakwa kerajaan negeri menentang dasar kerajaan pusat berhubung pindaan Rang Undang-undang (RUU) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pindaan) 2016.

Beliau berkata laporan mengenai pindaan berkenaan telah diputar belit oleh media terbabit sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ramai pihak.

"Saya amat kecewa sikap tidak bertanggungjawab sebegini. Apa yang dibahaskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis semalam tidak harus menjadi isu sebenarnya.

"Apa yang dibahaskan tiada kaitan dengan menentang undang-undang persekutuan. Sebaliknya adalah untuk selaraskan dengan versi bahasa Inggeris yang menggunakan perkataan 'parent' iaitu merujuk kepada maksud ibu atau bapa, bukannya ibu dan bapa (parents)," katanya ketika dihubungi pemberita pada Jumaat.

Azlan berkata Seksyen 117 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis 2006 sebelum ini menyebut seseorang yang bukan beragama Islam boleh memeluk agama Islam jika dia sempurna akal dan sudah mencapai umur 18 tahun; atau jika dia belum mencapai umur 18 tahun, ibu dan bapa atau penjaganya mengizinkan pemelukan agama Islam olehnya.

Pindaan Rang Undang-undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pindaan) 2016 yang dibahaskan di sidang DUN semalam hanyalah menyelaraskan kepada versi bahasa Inggeris dari ibu dan bapa kepada ibu atau bapa.

Beliau turut kesal dengan tindakan akhbar berkenaan yang difahamkan sepanjang tiga hari sidang DUN Perlis, wartawannya tidak hadir membuat liputan.

"Bagaimana laporan sedemikian boleh dibuat sedangkan dia (wartawan) tidak berada di sana (Dewan) dan malaporkan tanpa merujuk kepada saya terlebih dahulu. Saya harap tiada kes sebegini lagi di masa akan datang" katanya.

Tags / Kata Kunci: Azlan Man

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan