Drama Tembak Menembak Di Perairan Sabah

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2016 10:37 AM

Sebahagian suspek di perairan Semporna.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ia merupakan malam penuh drama di Darvel Bay di pantai timur Sabah apabila buat pertama kali pasukan keselamatan Malaysia tampil berdepan dengan lelaki bersenjata Filipina membabitkan penculikan rentas sempadan.

Tiga suspek ditembak mati dan tiga lagi ditahan dalam pertempuran selama 20 minit antara polis Platun Harimau dan lapan lelaki bersenjata di perairan Pulau Bodgaya di Semporna pada pukul 9.40 malam Khamis.

Seorang anggota polis ditembak di bahagian kaki semasa insiden tembak-menembak itu dan dibawa ke Hospital Semporna pada pukul 1.50 pagi Jumaat.

Lokasi dua lagi suspek masih belum dikenal pasti dan anggota keselamatan terus melakukan kawalan di kawasan itu.

Sumber berkata, kumpulan lelaki bersenjata itu berpakaian sarat dengan peluru, dikesan menaiki bot laju enjin 80HP menghala ke bot nelayan Yakin 2.

Pasukan Gerakan Am Platun Harimau yang diketuai seorang koperal dengan segera berdepan dengan lelaki bersenjata semasa mereka cuba menaiki bot nelayan.

Tembakan dilepaskan dalam keheningan malam dan hanya terhenti selepas tiga mayat suspek ditemui. 

Tiga lagi suspek menyerah diri.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun dijangka memberi butiran penuh mengenai insiden pada Jumaat.

Kumpulan lelaki bersenjata terbabit dipercayai berpangkalan di kepulauan Tawi Tawi dekat perairan Sabah.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan