Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Nahas Pesawat PIA

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2016 12:33 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas membabitkan penerbangan PK-661 Pakistan International Airlines (PIA) di utara Pakistan hari ini, menurut jurucakap Kementerian Luar.

Beliau berkata Kementerian akan terus memantau perkembangan.

"Pada masa ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden itu," kata beliau ketika dihubungi Bernama pada Rabu malam.

Menurut laporan media asing, sebuah pesawat berkenaan membawa 48 orang terhempas di lereng gunung di utara Pakistan hari ini.

PIA berkata pesawat tersebut terputus hubungan dengan menara kawalan ketika dalam penerbangan ke ibu negara, Islamabad, dari wilayah utara Chitral.

Syarikat penerbangan itu berkata pesawat tersebut terhempas pada jam 1642 waktu tempatan (1142 GMT) di kawasan Havelian di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, kira-kira 125 km ke utara Islamabad.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan