Projek ECRL: Syarikat CCCC Tidak Pernah Disenarai Hitam Bank Dunia - Abdul Rahman

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2016 6:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat yang dianugerahkan projek pembinaan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), China Communications Construction Company Ltd (CCCC) tidak pernah disenarai hitam oleh Bank Dunia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata penyenaraian hitam yang sering digembar-gembur pihak tertentu itu bukan secara langsung terhadap CCCC, sebaliknya melibatkan syarikat subsidiari di bawahnya.

"Syarikat subsidiari itu ialah China Road and Corporation (CRBC) yang kemudiannya telah bergabung dengan China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC)," katanya pada persidangan Dewan Negara, Khamis.

Abdul Rahman berkata CRBC disenarai hitam pada 12 Jan, 2009, namun sudah menghampiri tempoh tamat iaitu lapan tahun, dan akan keluar daripada senarai hitam pada Januari tahun depan.

Beliau menjawab soalan Senator Dr Mohd Nor Monutty mengenai status CCCC.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata CCCC merupakan syarikat terbesar milik negara China dan beroperasi di seluruh dunia termasuk Eropah, Asia dan Afrika.

"Walaupun ada kebimbangan mengenai imej syarikat itu, namun tiada arahan daripada Bank Dunia yang mengeluarkan bantahan ke atas mana-mana negara supaya tidak boleh berkolaborasi atau berurusan dengan CCCC.

"Berdasarkan keyakinan itu, kerajaan yakin syarikat ini mampu menyiapkan projek ECRL dalam tempoh bersesuaian dengan skala projek tersebut," katanya sambil menambah CCCC mempunyai rekod yang baik dalam projek pembinaan besar termasuk di Malaysia.

Projek ECRL sepanjang kira-kira 600 kilometer itu akan menghubungkan Lembah Klang dengan Kuantan, Pahang sehingga ke Terengganu serta Tumpat, Kelantan.

Pembinaan projek itu dijangka bermula pada awal 2017. -- Bernama 

 

Tags / Kata Kunci: ECRL , CCCC , Abdul Rahman Dahlan

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan