Laporan Pembatalan Kadar Baharu Visa Arab Saudi Tidak Benar

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2016 10:37 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Laporan mengenai pembatalan kadar baharu visa Arab Saudi yang tersebar di media tempatan dan antarabangsa baru-baru ini adalah tidak benar, kata Kementerian Luar.

Menurutnya Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh telah menyemak perkara itu dengan Kementerian Luar Negeri Arab Saudi dan sehingga 6 Disember, tiada sebarang dekri atau titah diraja yang dikeluarkan Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman Bin Abdulaziz Al-Saud berhubung perkara tersebut.

Kedutaan Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur juga memaklumkan bahawa tiada arahan terkini yang dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi yang merujuk kepada pembatalan kadar baharu visa negara itu yang berkuat kuasa pada 1 Muharram 1437H iaitu bersamaan 2 Oktober 2016, katanya.

"Oleh yang demikian, pihak media dan orang ramai dipohon agar tidak mudah percaya kepada maklumat yang belum disahkan kebenarannya bagi mengelakkan sebarang kekeliruan," kata kementerian itu dalam kenyataan, di sini, Khamis.

Menurut Wisma Putra, sebarang perubahan (sekiranya ada) hanya akan diumumkan oleh Kerajaan Arab Saudi melalui kedutaan dan rangkaian media rasmi kerajaan negara itu.

Kenaikan kadar visa Arab Saudi yang diumumkan sebelum ini telah dikuat kuasakan ke atas semua negara tanpa pengecualian. 

Perubahan utama dalam struktur kadar visa baharu tersebut termasuk kemasukan pertama bagi jemaah haji dan umrah adalah percuma tetapi bagi kemasukan kedua dan seterusnya akan dikenakan bayaran SAR2,000 (Riyal Arab Saudi).-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Arab Saudi , visa

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan