Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Dilantik Pemangku Raja Kelantan

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2016 9:14 PM

Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra melafaz sumpah jawatan Pemangku Raja Kelantan di hadapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sempena istiadat perisytiharan pelantikan Pemangku Raja Kelantan di Istana Kota Lama pada Khamis. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra, 42, dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan pada istiadat yang berlangsung di Istana Kota Lama di sini, pada Khamis.

Baginda akan memegang jawatan itu sepanjang Sultan Kelantan Sultan Muhammad V menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 mulai 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan watikah pelantikan sebagai Pemangku Raja Kelantan kepada adindanya itu, selepas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengisytiharkan pelantikan baginda memegang jawatan tersebut.

Tengku Mahkota Kelantan kemudiannya melafazkan sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah jawatan berkenaan.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Datuk Ahmad Bache dan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad menjadi saksi pada istiadat itu.

Turut hadir pada istiadat berkenaan yang berlangsung kira-kira 6.30 petang ialah Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim, Tengku Temenggong Kelantan Datuk Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan