MCA Kecewa Sikap Dr Mahathir

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2016 7:28 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: MCA melahirkan kekecewaan berhubung tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menerus menyerang parti itu, kata Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Menerusi kenyataan pada Khamis, Ong berkata sebelum ini MCA sentiasa menyokong bekas perdana menteri itu ketika zaman susah dan senangnya.

Ong berkata demikian bagi mengulas kenyataan Dr Mahathir di blognya pada Rabu yang menyifatkan MCA sebagai sebuah parti perkauman manakala "mengagungkan DAP" sebagai parti yang menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Ong berkata Dr Mahathir lupa bahawa MCA telah menyumbang ke arah penggubalan Perlembagaan Persekutuan bersama Umno.

"Sama ada susah atau senang...MCA sentiasa menyokong kepimpinan Barisan Nasional dan parti komponennya," kata Ong.

Tags / Kata Kunci: Dr Mahathir Mohamad , Umno , MCA , BN , Ong Ka Chuan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan