Perkasa Peranan Pesara Guru Sebagai 'Pemimpin Pendapat' - Mahdzir

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2016 5:52 PM

Mahdzir Khalid
(Ubah saiz teks)

JASIN: Kementerian Pendidikan akan terus memperkasa peranan pesara guru di negara ini kerana mereka diyakini mampu bertindak sebagai 'pemimpin pendapat' dalam kalangan masyarakat.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pesara guru tidak seharusnya dipinggirkan kerana mereka merupakan golongan yang banyak berjasa terutama dalam memberi perkhidmatan pendidikan yang berkualiti kepada masyarakat.

"Justeru, kita akan sentiasa mencari elemen penting yang membolehkan pihak kita sentiasa dekat dengan mereka dan kita juga akan mewujudkan 'hubungan'  antara kita dengan golongan pesara guru ini.

Ini kerana, walaupun mereka sudah bersara, namun ada antara mereka yang masih aktif menyalurkan pendapat dan melibatkan diri dengan kerja-kerja sosial seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), koperasi dan badan-badan amal yang mempunyai kaitan dengan pendidikan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Guru Bersama Masyarakat: Guru Pembina Negara Bangsa peringkat negeri Melaka di Sekolah Kebangsaan Serkam Darat, Merlimau di sini Khamis.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Mahdzir berkata, pesara guru turut diminta memberi sumbangan yang berterusan kepada kerajaan dan masyarakat bagi memastikan imej kepimpinan dan berpengaruh mereka akan terus terpelihara. 

Terdahulu, Mahdzir berkesempatan meluangkan masa melawat pesara guru yang menghidap pelbagai penyakit antaranya kencing manis, strok dan kanser usus di empat rumah di sekitar Kampung Serkam Darat dan Taman Koperasi Serkam, di sini.

Beliau berkata program ini merupakan sebahagian inisiatif kerajaan menghargai pengorbanan pesara guru yang berkhidmat lebih dari 30 tahun dalam mendidik anak bangsa di negara ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Malaysia menghampiri skor negara Pertubuhan bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) berdasarkan peningkatan ketara laporan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2015 bagi tiga domain PISA iaitu literasi saintifik, literasi bacaan dan literasi matematik. 

"Malaysia menunjukkan peningkatan ketara berdasarkan skor bagi ketiga-tiga literasi, malah lebih baik berbanding sebelum ini," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Mahdzir Khalid

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan