Simpanan KWSP Tak Hilang, Tapi Sudah Dikeluarkan

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2016 8:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Siasatan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berikutan laporan berita mengenai kehilangan simpanan pesara perkhidmatan awam, mendapati wang itu dikeluarkan pada 1990 dan 1993.

KWSP dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, berikutan laporan sebuah akhbar harian Melayu yang melaporkan dakwaan pesara kerajaan mengenai kehilangan simpanan KWSP beliau, ia telah memulakan siasatan segera ke atas perkara itu.

Menurutnya, ini termasuk melawat pesara berkenaan di kediaman beliau dan mendapatkan cap jari untuk pengesahan.

"Berdasarkan siasatan dalaman kami, kami boleh mengesahkan cap jarinya sama dengan rekod pendaftaran ahli KWSP serta borang permohonan pengeluaran KWSP," katanya.

Selain itu, KWSP berkata, ia telah mengesahkan yang cap jari ahli itu sama dengan cap jari pada cek yang ditunaikan untuk pembayaran pengeluaran pada 1990 dan 1993 berjumlah RM8,199.71.

"Kami ingin memberi jaminan kepada ahli KWSP iaitu adalah menjadi tanggungjawab teras kami untuk melindungi simpanan persaraan ahli," katanya.

Menurutnya, semua ahli digalakkan untuk menyemak dengan cawangan KWSP terdekat jika mereka mempunyai sebarang pertanyaan mengenai butiran akaun mereka.

"Ahli juga perlu mendaftar untuk i-Akaun agar mereka boleh mengetahui perkembangan akaun KWSP mereka dengan mudah," tambahnya.

Tags / Kata Kunci: KWSP

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan