Perlu Ada Garis Panduan Pilih Calon Muda PRU-14

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2016 10:43 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Satu garis panduan bagi pemilihan calon muda untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) perlu dibuat agar calon berkenaan mendapat kepercayaan dan sokongan pengundi Barisan Nasional (BN).

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Idris Haron berkata garis panduan berkenaan termasuk kriteria yang bersesuaian bagi seorang calon muda antaranya ciri kepimpinan dan pengalaman atau jawatan yang disandang serta had umur yang mengklasifikasikan calon berkenaan sebagai calon muda.

"Adalah mudah bagi kita untuk berkata calon muda tetapi apakah had umur yang bersesuaian untuk kita tetapkan.

Lagipun calon muda semata-mata tanpa pengalaman atau latar belakang politik yang cukup boleh mempengaruhi undian pada PRU14 akan datang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri Melaka di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas usul Pemuda dan Puteri UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini yang mencadangkan 30 peratus calon PRU 14 terdiri daripada orang muda.

Mengulas lanjut, katanya secara peribadi beliau bersetuju dengan usul berkenaan kerana cadangan itu membuka peluang kepada golongan muda untuk lebih aktif dalam politik dan menyumbang mengikut kepakaran masing-masing.

Dalam perkembangan lain, Idris mengesahkan terdapat wakil rakyat BN sedia ada akan melepaskan jawatan dan tidak akan bertanding pada PRU14.

Beliau berkata keputusan mereka dibuat secara sukarela dan disuarakan sendiri wakil rakyat berkenaan kepadanya atas sebab peribadi.

"Dah ada yang sebut dan dimaklumkan sendiri (untuk tidak bertanding). Sudah pasti akan ada muka baharu.

Saya tidak halang calon muda untuk ketengahkan diri mereka tetapi mereka perlu buat sesuatu...dekatkan diri dengan masyarakat dalam kerja kebajikan dan kemasyarakatan. Bukan hanya ikut Ketua Menteri atau wakil rakyat," katanya.

Tags / Kata Kunci: Idris Haron , PRU14

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan