PBS Bahagian Sulaman Masih Kukuh - Johnny Mositun

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2016 3:51 PM

Johnny Mositun

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) cawangan Sulaman masih kukuh walaupun dihimpit isu peletakan jawatan ketua bahagian, Rakam Sijim dan enam lagi pemimpin cawangan lain, kata Setiausaha Agung parti itu, Datuk Johnny Mositun.

Mositun yang merupakan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), berkata, ibu pejabat parti akan mengambil-alih buat sementara siasatan dalam berhubung isu tersebut.

Beliau menjelaskan, tindakan Rakam keluar daripada PBS bukan berita mengejutkan kepadanya kerana sudah ada petanda jelas perkara itu akan berlaku memandangkan bekas ketua bahagian tersebut menghadiri majlis yang dianjurkan oleh parti pembangkang.

Mengulas tentang kenyataan Rakam berhubung tindakannya itu sebagai memperjuangkan kempen "Sabah untuk orang Sabah" dan mengembalikan semula hak Sabah, Mositun berkata bahawa perjuangan itu telah lama dilakukan oleh PBS.

Malah katanya, Rakam sendiri sangat sangat lantang apabila menyentuh isu tersebut ketika masih bersama PBS.

"Namun beliau mengambil keputusan untuk keluar parti dan kami di PBS mengucapkan semoga berjaya buatnya," kata Mositun.

Dalam kenyataan pada 6 Disember lalu ketika mengumumkan peletakan jawatannya, Rakam berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan pucuk pimpinan PBS atau individu dalam parti berkenaan.

Katanya, keputusan itu dibuat berdasarkan situasi politik di negara dan Sabah.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan