PAC Minta JPA Nilai Keperluan Struktur Semula Audit Kementerian Kesihatan

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2016 5:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JAP) menilai keperluan penstrukturan semula Bahagian Audit Dalaman Kementerian Kesihatan bagi mengukuhkan kawalan dalaman dan pengurusan bekalan ubat di klinik-klinik kesihatan.

Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata Bahagian Audit Dalaman yang kukuh diperlukan bagi kementerian besar seperti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran yang membelanjakan sejumlah wang yang besar. 

"(Terdapat) keperluan untuk mengkaji semula agar Bahagian/Unit Audit Dalam melapor terus kepada Ketua Audit Negara," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

PAC hari ini membentangkan Laporan Pengurusan Bekalan Ubat di Klinik Kesihatan dan Pengurusan Perkhidmatan Penyenggaraan Kejuteraan Fasiliti (FEMS) di Hospital oleh Kementerian Kesihatan yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri 2 di Dewan Rakyat pada 21 November lepas.

Jawatankuasa itu memulakan prosiding berkenaan hari ini dengan dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berhubung isu yang dibangkitkan.

Hasan berkata secara keseluruhannya, PAC berpuas hati dengan penjelasan oleh kementerian itu. 

Beliau berkata setiap tahun, kerajaan membelanjakan pengurusan bekalan ubat sebanyak RM3.9 bilion manakala pengurusan penyenggaraan kejuruteraan fasiliti RM1.394 bilion.

Mengenai FEMS, beliau berkata langkah kerajaan mewujudkan jawatan Jurutera Operasi Hospital (JOHN) adalah tepat, namun jawatan itu perlu ditambah bagi pemantauan lebih berkesan dalam sektor penyenggaraan.-- Bernama 


Tags / Kata Kunci: PAC , JPA , Kementerian Kesihatan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan