Masalah Jemaah Terkandas Dipantau - Pengerusi TH

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2016 7:24 AM

Abdul Azeez Abdul Rahim.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan memantau perkembangan jemaah umrah rakyat Malaysia yang terkandas di Kuala Lumpur dan Madinah di Arab Saudi.

Beliau berkata, langkah itu terutama kerana jemaah yang diuruskan anak syarikat TH iaitu TH Travel and Services Sdn Bhd (TH Travel), turut terjejas akibat kelewatan penerbangan sewa khas oleh Malaysia Airlines (MAS).

"Pihak TH Travel sentiasa memantau secara mikro tetapi kerosakan atau isu teknikal pesawat di luar bidang kuasa kami.

"Bagaimanapun, MAS perlu menjadikan insiden ini sebagai pengajaran dan diharapkan ia tidak akan berulang lagi,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa malam.

Dilaporkan, lebih 2,000 jemaah umrah rakyat Malaysia terkandas di Kuala Lumpur dan Madinah sejak Ahad.

Difahamkan, ia melibatkan kira-kira 1,200 jemaah bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Madinah, dan 1,200 jemaah lagi dari Madinah ke Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Baling itu berkata, MAS perlu lebih bersedia terhadap sebarang kemungkinan dengan menyediakan tambahan pesawat jenis sama sebagai alternatif, berikutan hak pendaratan di Arab Saudi telah dikhususkan pesawat jenis berkenaan sahaja.

"MAS diberi hak pendaratan menggunakan pesawat A380 untuk membawa jemaah umrah. Kalau satu pesawat mengalami masalah, MAS tak boleh tukar pesawat jenis lain, jadi mereka perlu guna pesawat A380 yang lain,” katanya.

Mengenai kelewatan, Abdul Azeez berkata, beliau dimaklumkan bahawa masalah berlaku sejak Jumaat lalu, dan antara agensi pengembaraan lain turut terjejas adalah Rayhar Travels, Zahafiz Travel and Tours dan Andalusia Travel and Tours.

"Malah terdapat sejumlah jemaah umrah warga Indonesia yang menggunakan khidmat penerbangan sama turut terjejas,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Azeez berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada MAS mengenai jadual baharu empat penerbangan membabitkan jemaah TH Travel yang terkandas di Kuala Lumpur dan Madinah.

Katanya, jadual baharu bagi dua penerbangan MH8204 dari Kuala Lumpur ke Madinah masing-masing 5.25 petang Rabu dan 6 pagi Khamis.

"Jadual baharu bagi dua penerbangan MH8205 dari Madinah ke Kuala Lumpur pula masing-masing 12.10 tengah hari dan 7.30 malam Khamis,” ujar Abdul Azeez.

Terdahulu, MAS dalam satu kenyataan pada petang Selasa memberitahu, penerbangan sewa khas antara Kuala Lumpur dan Madinah mengalami kelewatan disebabkan sebuah pesawat perlu menjalani penyelenggaraan tidak berjadual untuk pembaikan segera disebabkan isu teknikal.

Syarikat penerbangan nasional tersebut berkata, kemudahan penginapan, makanan dan minuman disediakan kepada jemaah yang terjejas.


Tags / Kata Kunci: TH , umrah , Abdul Azeez Abdul Rahim

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan