NKVE Sesak, Lori Bawa Minyak Hitam Terbalik - Berita Semasa | mStar

NKVE Sesak, Lori Bawa Minyak Hitam Terbalik

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2016 8:15 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sebuah lori yang membawa muatan minyak hitam terpakai terbalik di Km3.11 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di sini menghala ke Klang mengakibatkan berlaku tumpahan minyak di laluan berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata kejadian berlaku kira-kira 2.43 petang tadi.

"Lori itu terbalik di tengah jalan raya dan menutup satu lorong jalan.

Walaupun berlaku kesesakan, namun keadaan adalah terkawal," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kerja-kerja pembersihan menggunakan habuk kayu selesai dijalankan.

Pemandu terbabit dipercayai hilang kawalan berikutan momentum minyak di dalam tangki yang tidak penuh, katanya.

Tags / Kata Kunci: NKVE
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan