Lebuhraya Dr Lim Chong Eu Ditutup, Polis Siasat Kes Tembakan

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2016 12:44 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menutup Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menuju ke Jambatan Pulau Pinang sejak pukul 10.50 pagi Rabu untuk menyiasat kes tembakan yang berlaku pada malam Khamis lalu.

Beberapa anggota polis trafik dilihat sedang memasang penghadang jalan plastik, pita kuning dan melencongkan trafik ke Jalan Ahmad Nor di Jelutong.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata laluan menuju ke Jambatan Pulau Pinang dari George Town akan ditutup bermula dari jejambat dekat Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu - persimpangan Jalan Ahmad Nor sehingga pukul 2 petang manakala susur masuk menuju ke jambatan akan ditutup sehingga pukul 5 petang Rabu.

Kesesakan lalu lintas dikesan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu - persimpangan Jalan Ahmad Nor kira-kira pukul 11.10 pagi.

Pengguna jalan raya menuju ke jambatan dan Bayan Lepas dilencongkan ke Jalan Ahmad Nor sebelum menuju ke destinasi masing-masing menerusi Jelutong dan Jalan Sultan Azlan Shah.


iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan